Saturday, 19 November 2011

PROTON PERSONA\ PERSONA ELEGANCE

Proton Persona / Persona Elegance adalah satu dari model yang sangat kompetetif dari segi harga dan enjin. Ia mempunyai kabin yang luas/selesa dan di tala dengan "lotus ride" di mana pemanduan nya sangat stabil pada kelajuan tinggi.

Sama kelas dengan Toyota Vios dan Honda City. Merupakan saingan paling rapat malah mempunyai enjin yang lebih besar (1.6) berbanding Vios& City (1.5).

Datang dengan harga yang lebih murah dari 2 model di atas. Perbandingan pengguna internet menunjuk kan ia lebih nilai untuk wang anda dan lebih selesa dari segi pemanduan dan ruang berbanding saingan nya. Cuma agak banyak komplain kurang enak kedengaran akibat "QC" yang agak longgar menyebab kan unit2 yang mempunyai masalah berada di pasaran telah membuatkan imej nya buruk di kalangan pengguna. 

Model ini di ambil dari model proton Gen2, di tukarkan enjin dari cps kepada iafm dan di panjangkan bahagian bagasi menjadikan ia mempunyai bagasi yang sangat luas.


Dengan reka bentuk yang agak "sporty", agak mudah di "modified bodykit" nya menjadikan nya lebih menawan. Tapi "mentality" segelintir rakyat yang lebih memulia produk luar yang nyata lebih kurang sama atau lagi rendah kualiti nya.

PROTON EXORA BOLD.

PROTON EXORA (MPV) kini bakal muncul dengan reka bentuk di perbaharui.
Ia mungkin akan di lancarkan pada bulan hadapan (Disember 2011) serentak dengan pengenalan SAGA FLX 1.6. tak pasti jika ada perubahan pada harga nya. Masih mengekalkan enjin yang sama cuma mungkin dengan naik taraf kepada CVT.

Ada ura-ura mengatakan PROTON EXORA PRIME juga bakal di pasarkan, tidak pasti sama ada ia untuk pasaran tempatan ataupun eksport. Ramai yang menantikan nya.

PROTON SAGA FLX 1.6

Bakal berada di pasaran dalam masa terdekat ialah Proton Saga FLX 1.6 dengan CVT.

Kalau sebelum ini SAGA FLX CVT cuma untuk enjin 1.3, kini Proton mengorak langkah dengan enjin 1.6. Ia lebih berkuasa, lebih ekonomi dan lebih praktikal. Asal nya SAGA 1.6 cuma untuk teksi sahaja, atas permintaan ramai ia di keluarkan dengan SAGA FL 1.6 dan kini dangan SAGA FLX with CVT 1.6. 


Untuk model SAGA ia berubah terlalu cepat, dari SAGA BLM ke SAGA FL dan SAGA FLX 1.3 dan kini SAGA FLX 1.6. Pujian harus di berikan untuk pengurusan Proton yang dilihat bersungguh-sungguh dalam penghasilan produk-produk baru untuk kembali menguasai pasaran tempatan.


Ada juga pembeli SAGA BLM yang merungut kerana Proton terlalu cepat menganti kan model BLM dengan FL. hmm.. rezeki masing- masing.


PROTON PERSONA R (P3-21A)

PROTON bakal melancar kan produk terbaru pada awal ataupun pertengahan 2012. Menurut ceo nya ia adalah produk baru dengan nama baru dan bukan lah penganti kepada produk Persona atau Persona Elegance.
ia lebih di kenali sebagai P3-21A.


Sekali imbas, seakan2 macam Honda City atau Kia Forte. Tak pasti kerana belum dapat gambaran jelas lagi. Sudah banyak spyshot tersebar di internet semua nya yang berbalut pelekat hitam. Tak tau macam mana gambar ni boleh terkeluar, adakah ia strategi pemasaran proton? 




Adakah ia sebagus Inspira (Model paling kurang komplain) atau sama seperti Persona (antara model yang banyak komplain ). Harga pula dengar-dengar nya sedikit mahal dari Persona dan lebih murah dari Inspira. Ramai yang tertunggu-tunggu.


Nampak nya di bawah Syed Zainal Proton banyak berubah. Satu persatu kemunculan produk baru, ia dilihat sangat kompetetif dan ingin menutup mulut-mulut pengkritik tegar Proton.

PROTON.

PROTON. Syarikat automotif hak milik Malaysia, Idea dari seorang pemimpin Malaysia, di modalkan oleh kerajaan Malaysia dan di urus tadbir oleh pekerja Malaysia.

Bermula dengan model pertamanya SAGA. Ia hasil kerja sama dengan Mitsubishi dari negara matahari terbit. kembali pada tahun 1983, ia di aspirasi kan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad dengan visi dan misi kereta national untuk rakyat.

Ia menyumbang banyak hasil untuk negara dan rakyat. Ia juga mengunakan banyak wang rakyat. Ramai yang suka ada juga yang benci.

Ada yang merasakan ia tak perlu wujud, ramai yang berterima kasih kerana peluang kerja yang di hasilkan. Melahirkan ramai jurutera automotif berbangsa Malaysia. Ada yang masih kekal dengan Proton ramai yang telah berkhidmat di syarikat automotif luar negara.

Ada yang kata ia kereta tin milo, ramai yang memendam rasa dengan power window nya. Ada yang sumpah seranah kerana ia tak kurang pula yang memuja muji nya..

Kereta yang murah untuk pelajar dan golongan pertengahan dan juga sedikit mahal untuk mereka yang berada juga kegunaan rasmi pegawai negara.

Di bawah kendalian ceo yang berganti pergi, kini ia di bawah pimpinan SYED ZAINAL ia terus menongkah arus untuk menjadi jaguh kampung jua pemain export di luar negara.

Itulah PROTON di mata kita.