PROTON. Syarikat automotif hak milik Malaysia, Idea dari seorang pemimpin Malaysia, di modalkan oleh kerajaan Malaysia dan di urus tadbir oleh pekerja Malaysia.
Bermula dengan model pertamanya SAGA. Ia hasil kerja sama dengan Mitsubishi dari negara matahari terbit. kembali pada tahun 1983, ia di aspirasi kan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad dengan visi dan misi kereta national untuk rakyat.
Ia menyumbang banyak hasil untuk negara dan rakyat. Ia juga mengunakan banyak wang rakyat. Ramai yang suka ada juga yang benci.
Ada yang merasakan ia tak perlu wujud, ramai yang berterima kasih kerana peluang kerja yang di hasilkan. Melahirkan ramai jurutera automotif berbangsa Malaysia. Ada yang masih kekal dengan Proton ramai yang telah berkhidmat di syarikat automotif luar negara.
Ada yang kata ia kereta tin milo, ramai yang memendam rasa dengan power window nya. Ada yang sumpah seranah kerana ia tak kurang pula yang memuja muji nya..
Kereta yang murah untuk pelajar dan golongan pertengahan dan juga sedikit mahal untuk mereka yang berada juga kegunaan rasmi pegawai negara.
Di bawah kendalian ceo yang berganti pergi, kini ia di bawah pimpinan SYED ZAINAL ia terus menongkah arus untuk menjadi jaguh kampung jua pemain export di luar negara.
Itulah PROTON di mata kita.
No comments:
Post a Comment